PROFIL KORPORAT


PENGENALAN
  • PERTUBUHAN HALAQAH KEMAJUAN MUSLIM SARAWAK (HIKAM) sebelum ini dikenali dengan nama Pertubuhan Halaqah Kemajuan Muslim Kuching telah ditubuhkan pada 5 September 2012.
  • HIKAM telah didaftarkan sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan No. Pendaftaran: PPM0131305092012 di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Sarawak.
  • HIKAM digerakkan secara sukarela oleh ahli-ahli berdaftar daripada seluruh Sarawak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang & lapisan usia.
  • Sebagai organisasi yang tidak berasaskan keuntungan, perbelanjaan pengurusan & perlaksanaan gerak kerja HIKAM adalah melalui kerjasama pintar & daripada sumbangan & tajaan kewangan pihak-pihak yang berminat.

VISI
Kemajuan Sarawak Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua

MISI
Membangunkan Pemimpin Yang Mapan Dalam Pelbagai Bidang

MOTTO
Ilmu, Amal, Bakti

NILAI
  • Keluasan Ilmu
  • Kekuatan Rohani
  • Ketinggian Cita-cita
  • Kesungguhan Usaha


KEAHLIAN
  • Ahli Biasa (Tahunan/Seumur Hidup): terbuka kepada semua warganegara Malaysia beragama Islam yang lahir atau menetap di Sarawak dan berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Ahli Remaja: terbuka kepada semua warganegara Malaysia beragama Islam yang lahir atau menetap di Sarawak dan berumur 17 tahun dan ke bawah dengan keizinan bertulis daripada ibu bapa atau penjaga pemohon.
  • Ahli Bersekutu: terbuka kepada semua individu atau organisasi yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa Pusat dengan persetujuan Mesyuarat Agung Pertubuhan.

PERANAN
  1. Menyediakan khidmat perunding, penceramah, jurulatih, fasilitator & sukarelawan.
  2. Menganjurkan program-program keraian Islam, kesedaran, kebajikan, keilmuan, latihan pembangunan & motivasi.
  3. Merangkai kerjasama memajukan umat daripada pelbagai pihak individu & organisasi yang berminat.

RAYUAN SUMBANGAN
HIKAM amat mengalu-alukan kerjasama dan tajaan samada secara sumbangan sekali mahupun sumbangan tetap daripada mana-mana pihak dan orang ramai yang berminat untuk menaja kemapanan HIKAM. Infaq kewangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 11013010086159 di atas nama Pertubuhan Halaqah Kemajuan Muslim Kuching (HIKAM). Sila hubungi HIKAM di talian; +6013-8950345 atau +60138114445 untuk pertanyaan dan maklumbalas lanjut.

Comments