TIM DAKWAH

sebahagian daripada sukarelawan Tim Dakwah

sebahagian daripada sukarelawan Tim Dakwah

Tim Dakwah bertanggungjawab untuk menyelaras majlis-majlis keilmuan yang dianjurkan HIKAM di sekitar Bahagian Kuching, Serian dan Samarahan demi menjelaskan kefahaman Islam yang sebenar dalam masyarakat menurut iktikad Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Penganjuran majlis-majlis tersebut dilaksanakan di Surau, Masjid dan lokasi lain yang bersesuaian dengan mensasarkan penyertaan masyarakat Muslim tempatan dan khalayak umum.

Tim Dakwah dianggotai oleh para sukarelawan berpengalaman dan terlatih yang terdiri daripada golongan remaja dan belia. Setakat hari ini, rakan-rakan kerjasama tetap yang berkerjasama dengan Tim Dakwah untuk menganjurkan majlis-majlis keilmuan di Sarawak adalah seperti berikut;
  1. Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS);
  2. Masjid Darul Husni Warrahmah, Taman Hussein/Rahmat;
  3. Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa; 
  4. SMAR Madrasah al-Khairat; dan
  5. seorang Penaja (individu) tetap
HIKAM amat mengalu-alukan kerjasama dan tajaan samada secara sumbangan sekali mahupun sumbangan tetap daripada mana-mana pihak dan orang ramai yang berminat untuk menaja penganjuran majlis-majlis keilmuan tersebut di Sarawak. Infaq kewangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 11013010086159 di atas nama Pertubuhan Halaqah Kemajuan Muslim Kuching (HIKAM). Sila hubungi HIKAM di talian; +6013-8950345 atau +60138114445 untuk pertanyaan dan maklumbalas lanjut.

Majlis Ilmu Mingguan
  1. Halaqah Fardhu ‘Ain bersama Ustaz Syamsul Bahri (setiap Isnin, 8.30 malam) –telah berlangsung sejak tahun 2012.

Majlis Ilmu Bulanan
  1. Daurah Pengajian Kitab bersama Ustaz Johari Mohd. Som (sebulan sekali) –telah berlangsung sejak Disember 2016
  2. Daurah Pengajian Kitab bersama Ustaz Hazri Hashim al-Bindaniy (dua bulan sekali) – telah berlangsung sejak Jun 2016

Majlis Berkala (dianjurkan mengikut keperluan)
  1. Seminar Kefahaman Islam bersama Ustaz Muhadir Joll
  2. Ziarah Dakwah bersama Ustaz Ahmad Shadan al-Hadhromi
  3. Seminar Untukmu Bidadari bersama Ustaz Ashiq Elahi Mad Desa

Comments