TIM FASILITATOR

sebahagian daripada sukarelawan Tim Fasilitator Kuching & Samarahan

sebahagian daripada sukarelawan Tim Fasilitator Miri

Sukarelawan Tim Fasilitator Mukah

Sukarelawan Tim Fasilitator Sarikei

Tim Fasilitator bertanggungjawab untuk menyelaras program-program latihan pembangunan dan motivasi belia anjuran HIKAM di Sarawak demi melahirkan kepemimpinan muda yang mapan untuk masa depan yang lebih baik untuk semua. Penganjuran program-program tersebut dilaksanakan di Sekolah, Universiti, Pusat Latihan dan lokasi lain yang bersesuaian dengan mensasarkan penyertaan golongan remaja sekolah dan belia samada yang masih belajar di universiti, yang sudah menamatkan pengajian mahupun yang sudah berkerjaya.

Tim Fasilitator dianggotai oleh para sukarelawan belia mahasiswa dan berkerjaya yang terlatih dan berpengalaman dibimbing oleh barisan Jurulatih yang bertauliah dalam bidang latihan masing-masing. Modul program-program latihan pembangunan dan motivasi adalah terdiri daripada pelbagai tema aktiviti yang dirangka khas untuk disesuaikan daripada semasa ke semasa berpandukan objektif penganjuran. Di antara pihak-pihak yang telah mendapatkan khidmat Tim Fasilitator adalah seperti berikut;

  1. MRSM Mukah
  2. SMK Bandar Semariang
  3. SM Sains Kuching
  4. SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud
  5. Sekolah Seni Malaysia Cawangan Sarawak
  6. MRSM Kuching
HIKAM amat mengalu-alukan kerjasama dan tajaan samada secara sumbangan sekali mahupun sumbangan tetap daripada mana-mana pihak dan orang ramai yang berminat untuk menaja penganjuran program-program tersebut di Sarawak. Infaq kewangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 11013010086159 di atas nama Pertubuhan Halaqah Kemajuan Muslim Kuching (HIKAM). Sila hubungi HIKAM di talian; +6013-8950345 atau +60138114445 untuk pertanyaan dan maklumbalas lanjut.

Program Bulanan
  1. Program Latihan Pembangunan dan Motivasi Bermodul untuk pelajar sekolah (sebulan sekali) –telah berlangsung sejak Oktober 2016
  2. Youth Meet Up (sebulan sekali) –telah berlangsung sejak April 2017
  3. Facilitator Meet Up (sebulan sekali) - telah berlangsung sejak Julai 2017


Program Tahunan
  1. Jom Masuk U! Sarawak untuk lepasan SPM, STPM & STAM tahun berkenaan –telah berlangsung sejak 2013


Program Berkala (dianjurkan mengikut keperluan)
  1. Kursus Pengurusan Organisasi & Penganjuran Program (KPOP)
  2. Kursus Fasilitator Ideal (KUFI)
  3. Rehlah Ukhuwwah
  4. Kembara Jalan Kaki

Comments