BERITA PROJEK MY RAMADHAN 1438 H

Keluarga Tn. Hj. Bujang Othman, Kampung Bako Hulu, Kuching
Alhamdulillah, Tim Sukarelawan HIKAM usai menyampaikan sumbangan My Ramadhan 1438H kepada keluarga Tn. Hj. Bujang Othman yang ditimpa musibah setelah rumah kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kpg. Bako Hulu semalam.


HIKAM mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan di Sarawak sepanjang bulan Ramadhan ini. Sumbangan ikhlas anda akan membantu mereka menghayati Ramadhan dengan tenang & gembira bersama keluarga.


Untuk sebarang pertanyaan & penyaluran sumbangan, sila hubungi wakil pihak kami; Fikri (0198558893) atau Anisyah (01112010844) atau Hafizah (01114047315). Manakala sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun berikut; Pertubuhan Halaqah Kemajuan Muslim Kuching (HIKAM) 11013010086159 (Bank Islam).

Comments